MRDC bakal tingkatkan industri rel negara, lebih maju [METROTV]

oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Kerajaan sudah bersetuju untuk menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kereta Api Malaysia (MRDC) bagi meningkatkan keupayaan dan kepakaran industri rel peringkat global.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, MRDC akan menjadi sebuah pusat penyelaras pembangunan induatri rel yang bersepadu dan terancang.

Beliau berkata, bakat tempatan akan dibangunkan secara profesional, mahir dan separa mahir dalam industri rel seiring dengan keperluan semasa.

“Secara prinsip Jemaah Menteri sudah meluluskan MRDC yang turut berperanan sebagai platform menambah baik pelan industri rel secara holistik.

“Dasar perolehan akan diberi keutamaan kepada industri rel tempatan yang berkelayakan dan berkualiti termasuk membangunkan projek rel di rantau Asia,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Teknologi Rel (RTX) di KL Sentral, di sini, hari ini.

Disiarkan pada: Ogos 11, 2022 @ 4:33pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Skip to content